Etimologi Lembah gerun

Profesor robotik Masahiro Mori mula-mula memperkenalkan konsep itu pada tahun 1970 bersumber bukunya yang bertajuk Bukimi No Tani (Jepun: 不気味の谷), dengan menyebutnya sebagai bukimi no tani genshō (Jepun: 不気味の谷現象, lit. fenomena lembah gerun).[1] Bukimi no tani diterjemahkan secara harfiah sebagai uncanny valley menurut buku bahasa Inggeris yang diterbit pada tahun 1978, iaitu Robots: Fact, Fiction, and Prediction yang ditulis oleh Jasia Reichardt.[2] Lama kelamaan, terjemahan ini mencipta pautan konsep yang tidak sengaja dengan satu konsep psikoanalisis kegerunan oleh Ernst Jentsch yang dipelopori dalam eseinya pada tahun 1906 iaitu On the Psychology of the Uncanny (Jerman: Zur Psychologie des Unheimlichencode: de is deprecated ),[3][4] yang kemudiannya dikritik dan dilanjutkan huraiannya dalam karangan Sigmund Freud pada tahun 1919 iaitu The Uncanny (Jerman: Das Unheimlichecode: de is deprecated ).[5]